Amanz

12 hours ago

Amanz
Anker Prime Smart Display Charge (160W) dan Anker Nano Smart Display Charger (100W) yang baru sahaja diperlihatkan di CES pada Januari lalu telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Kedua-duanya menawarkan pengecasan berkuasa tinggi, sokongan multi USB dan saiz yang kompak.

Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) dilengkapi tiga port pengecasan USB-Cdengan output 160W. Setiap port boleh melakukan pengecasan pada kuasa maksimum 140W. Apabila tiga peranti dicas, port menawarkan kuasa 70W+70W+20W. Saiznya kecil dan hanya sebesar 220 gram yang menjadikannya lebih kecil kompak berbanding pengecas lain di pasaran.

Terdapat skrin pada bahagian atas pengecas yang memaparkan maklumat port mana digunakan, kuasa pengecasan yang dilakukan, suhu dan mengakses tetapan memberikan kepentingan kepada port tertentu. Pengecas mempunyai sokongan bluetooth membolehkan ia dikawal daripada telefon menggunakan aplikasi Anker.

Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) pula dilengkapi port 2x USB-C dan 1xUBS-A dengan output kuasa 100W. Apabila ketiga-tiga pengecas digunakan, pengagihan kuasa ialah 80W+12W+7.5W. Setiap port USB-C boleh mengecas pada kuasa sehingga 100W sementara USB-A pula sehingga 33W. Skrin pada sisi pengecas boleh memaparkan grafik penggunaan port, kuasa pengecasan dan suhu. Model ini tidak menyokong aplikasi Anker.

Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) dijual pada harga RM 489 manakalaAnker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) pula RM 229 bermula esok.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description