Amanz

19 hours ago

Amanz
Samsung kini dalam persiapan untuk memperkenalkan kaca mata AI mereka tersendiri, sekaligus menyertai arena yang kini diterajui oleh Meta. Untuk menjayakan perkara ini, Samsung sedia mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm dan juga Google.

Terbaru, berkongsi berkenaan dengannya kepada pihak , pihak Samsung menyatakan kaca mata akan datang mereka berkenaan akan mempunyai kamera secara terbina, dan dihubungkan melalui sebuah telefon pintar.

Ini sekaligus memperlihatkan kaca mata Samsung yang pertama akan bergantung kepada sambungan melalui telefon pintar untuk sejumlah pemprosesan, termasuk untuk menarik informasi dan lain-lain. Kaca mata pertama Samsung ini juga berkemungkinan tidak menyertakan sebarang paparan terbina padanya.

Buat masa ini, Samsung telah memperkenalkan secara terhad set kepala mereka, dinamakan Galaxy XR. Ia ditawarkan di beberapa pasaran sahaja, dan dikuasakan menggunakan sistem operasi Android XR. Berkemungkinan juga, kaca mata pintar mereka turut akan menggunakan variasi sistem operasi sama.

Samsung dilihat menyasarkan untuk memperkenalkan kaca mata mereka, sekurang-kurangnya untuk pembangun atau industri seawal tahun ini.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description