Tel Aviv 'diserang' ribuan gagak
13 hours ago
TEL AVIV - Langit Tel Aviv berubah gelap selepas ia 'diserang' ribuan gagak ketika konflik di Asia Barat kian memuncak.Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kawanan burung tersebut terbang mengelilingi beberapa bangunan pencakar langit termasuk struktur popular, Menara Azrieli.Kejadian luar biasa itu turut mengundang perhatian warganet hingga mencetuskan pelbagai teori malah ada yang percaya ia sebagai 'isyarat buruk' susulan situasi yang semakin tegang antara Iran dan Israel.Seorang pengguna di X menyifatkannya sebagai 'petanda malapetaka' dan memberi amaran ia mungkin membawa kepada bencana dahsyat.Pergerakan ribuan gagak itu kelihatan seperti awan gelap bergerak hingga mengundang resah orang ramai.Pakar bagaimanapun cuba meredakan kebimbangan banyak pihak apabila mendakwa ia bukanlah perkara luar biasa.Ia sebahagian daripada laluan migrasi bermusim kerana kira-kira 500 juta burung melalui Israel semasa migrasi musim bunga pada setiap tahun."Spesies gagak itu sering 'berkumpul' di bandar ketika musim bertelur. Ia juga biasa ditemui di Israel dan pergerakan besar biasanya berlaku pada bulan Mac," jelas saintis.Walaupun ada penjelasan saintifik, ramai warganet masih percaya ia tetap petanda buruk yang wajar diambil serius. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

