Konflik Asia Barat: Kerajaan Jepun nasihat rakyat jangan panik beli tisu tandas

11 hours ago

Konflik Asia Barat: Kerajaan Jepun nasihat rakyat jangan panik beli tisu tandas
JEPUN - Kerajaan Jepun menasihatkan rakyat negara itu supaya tidak melakukan pembelian panik tisu tandas susulan kebimbangan terhadap konflik yang berlaku di Asia Barat.Menurut laporan The Japan Times, kebimbangan tersebut timbul selepas beberapa hantaran di media sosial mendakwa orang ramai mula menyimpan bekalan barangan keperluan harian.Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri dalam satu kenyataan menegaskan orang ramai perlu membuat keputusan secara rasional ketika membeli tisu tandas berdasarkan maklumat yang tepat.Fenomena menyimpan stok tisu tandas pernah berlaku di Jepun ketika krisis minyak pada tahun 1973 yang menyebabkan penguncupan ekonomi pertama negara itu selepas Perang Dunia Kedua.Situasi sama juga dilaporkan berlaku ketika bencana gempa bumi dan tsunami dahsyat pada tahun 2011 serta semasa pandemik COVID-19 apabila orang ramai bertindak menyimpan bekalan barangan asas.Sementara itu, seorang pengguna platform X mendakwa kedai farmasi berhampiran rumahnya kehabisan stok tisu tandas kerana orang ramai dipercayai membeli dalam jumlah yang besar."Tadi pergi ke kedai farmasi berhampiran, tisu tandas sudah habis. Nampaknya semua orang sedang menyimpan stok," tulis pengguna tersebut.Beberapa pengguna lain turut memuat naik gambar barangan yang didakwa disimpan sebagai bekalan termasuk makanan kucing, barangan kebersihan diri dan minuman.Bagaimanapun, Persatuan Industri Kertas Isi Rumah Jepun memaklumkan kira-kira 97 peratus tisu tandas di negara itu dihasilkan secara domestik menggunakan kertas kitar semula dan pulpa.Jelas persatuan itu, pengeluaran tisu tandas tidak bergantung kepada bekalan dari Asia Barat dan pengeluaran ketika ini tidak terjejas, malah kapasiti pengeluaran boleh ditingkatkan sekiranya diperlukan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description