Amanz

11 hours ago

Amanz
X Pro yang sebelum ini dikenali sebagai Tweetdeck kini memerlukan sekurang-kurangnya langganan X Premium+ (RM 146.33 sebulan) untuk digunakan. Perubahan terma menggunakan X Pro dilakukan mengejut pagi ini tanpa pelanggan menerima pengumuman daripada pihak X.

Sebelum ini X Pro boleh digunakan pelanggan X Premium biasa dengan bayaran langganan RM35 sebulan. Di X, pengguna tegar X Pro menyuarakan kekecewaan terhadap X kerana tiada langsung notifikasi diberikan. Ini mungkin satu lagi taktik X untuk meningkatkan pendapatan dengan memaksa langganan lebih mahal untuk ciri yang dahulunya standard.

Sebelum Twitter diambil alih oleh Elon Musk, Tweedeck boleh digunakan secara percuma oleh semua. Langganan Twitter Blue (sebelum ditukar ke X Premium) diperlukan untuk menggunakan Tweetdeck antaramuka mirip Tweetdeck kepada semua pengguna secara percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan sejak 2024.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description