Tujuh anjing berjalan 17km pulang ke kampung selepas dipercayai ditangkap
10 hours ago
CHINA - Tujuh ekor anjing peliharaan mencuri perhatian ramai selepas didakwa berjalan sejauh kira-kira 17 kilometer untuk pulang ke kampung asal.Memetik laporan media tempatan, kejadian itu berlaku di wilayah Jilin, membabitkan tujuh ekor anjing milik penduduk berbeza dalam sebuah kampung yang sama.Haiwan berkenaan dipercayai ditangkap sebelum dibawa lari oleh individu tidak dikenali.Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kesemua anjing tersebut berjaya meloloskan diri daripada kurungan sebelum melompat keluar dari kenderaan yang dinaiki.Selepas itu, kumpulan anjing berkenaan bergerak bersama-sama merentasi jalan raya dan kawasan ladang untuk kembali ke kampung asal.Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan anjing-anjing tersebut berjalan di tepi jalan dalam keadaan keletihan.Difahamkan, seekor anjing mengalami kecederaan pada kaki sepanjang perjalanan, namun enam ekor anjing lain setia menunggu sebelum meneruskan perjalanan bersama.Orang awam serta sukarelawan kemudian membantu menjejaki haiwan tersebut menggunakan dron dan maklumat daripada pengguna media sosial.Kesemua tujuh ekor anjing berkenaan akhirnya berjaya ditemukan sebelum diserahkan semula kepada pemilik masing-masing....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

