Hakim AS sekat sementara tindakan pentadbiran Trump senarai hitam syarikat Anthropic

10 hours ago

Hakim AS sekat sementara tindakan pentadbiran Trump senarai hitam syarikat Anthropic
SAN FRANCISCO - Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyekat sementara tindakan Pentagon daripada melabel syarikat kecerdasan buatan (AI) Anthropic sebagai "risiko rantaian bekalan," dengan mengeluarkan injunksi awal yang menangguhkan langkah berkenaan, lapor Xinhua.Hakim Rita Lin dari Mahkamah Daerah bagi Daerah Utara California berkata beliau juga menyekat arahan Presiden AS Donald Trump yang mengarahkan semua agensi persekutuan untuk berhenti menggunakan teknologi Anthropic.Tindakan itu menangguhkan larangan kerajaan sehingga mahkamah memutuskan merit kes berkenaan, namun ia tidak akan berkuat kuasa selama tujuh hari bagi memberi masa kepada pentadbiran untuk mengemukakan rayuan.Anthropic menyaman pentadbiran Trump awal bulan ini selepas Pentagon melabel syarikat itu sebagai "risiko rantaian bekalan kepada keselamatan negara" kerana ia enggan memberikan kerajaan akses tanpa had kepada model AI miliknya tanpa perlindungan terhadap penggunaan dalam senjata autonomi atau pengawasan besar-besaran."Menghukum Anthropic kerana mendedahkan kedudukan kontrak kerajaan kepada penelitian awam adalah satu tindakan balas haram yang klasik terhadap Pindaan Pertama," tulis Lin dalam penghakiman itu."Tiada apa-apa dalam statut yang berkuat kuasa menyokong tanggapan ala-Orwellian bahawa sesebuah syarikat Amerika boleh dicap sebagai calon musuh dan penyabotaj AS hanya kerana menyatakan percanggahan pendapat dengan kerajaan," tambah beliau.Memuji keputusan hakim itu, Anthropic berkata ia "berterima kasih kepada mahkamah kerana bertindak pantas, dan gembira mereka bersetuju bahawa Anthropic berkemungkinan akan berjaya berdasarkan merit.""Walaupun kes ini perlu bagi melindungi Anthropic, pelanggan kami, dan rakan kongsi kami, tumpuan kami tetap untuk bekerjasama secara produktif dengan kerajaan bagi memastikan semua rakyat Amerika mendapat manfaat daripada AI yang selamat dan boleh dipercayai," kata seorang jurucakap dalam satu kenyataan.Anthropic mempunyai satu lagi tuntutan mahkamah yang belum selesai di Washington, D.C., berhubung penetapan risiko rantaian bekalan Pentagon yang berasingan yang boleh menyekatnya daripada kontrak kerajaan awam. - Bernama ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description