Dua beradik maut terperangkap dalam peti sejuk
9 hours ago
COLOMBIA - Dua beradik meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku ketika bermain sorok-sorok pada Sabtu.Kanak-kanak tersebut iaitu Saori, lapan tahun dan adiknya Darien lima tahun, dikejarkan ke hospital selepas ibu bapa mereka menemui kedua-duanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam peralatan rumah berkenaan.Bagaimanapun, usaha doktor untuk menyelamatkan mereka tidak berjaya.Kedua-dua beradik dilaporkan tidak dapat bernafas selepas pintu peti sejuk beku di tempat persembunyian mereka itu tertutup.Ibu bapa kanak-kanak terbabit memaklumkan mereka hanya keluar selama kira-kira 20 minit untuk membeli barang dalam kejadian berlaku sekitar jam 7 malam pada Sabtu.Mereka meninggalkan anak-anak kecil itu bersendirian di rumah mereka di Vista Hermosa tanpa menyangka tragedi itu akan berlaku.Bapa mereka, Brayan Guevara Trivino berkata, peti sejuk beku tersebut telah dimatikan ketika dia dan isterinya keluar ke kedai."Kami keluar untuk membeli barang dapur dan mencari baju kecil yang diperlukan untuk perarakan ketika mereka mula bersekolah."Kami keluar lebih kurang 20 minit. Peti sejuk beku itu tidak disambungkan (kepada bekalan elektrik)."Anak-anak memanjat masuk ke dalamnya untuk bermain. Penutupnya terjatuh dan tertutup, menyebabkan mereka lemas."Pihak polis mengesahkan siasatan telah dibuka berhubung kematian tragis tersebut....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

