Israel 'diserang' ribuan lebah, penduduk panik cari perlindungan

11 hours ago

Israel 'diserang' ribuan lebah, penduduk panik cari perlindungan
TEL AVIV - Puluhan ribu lebah dilaporkan menyerbu beberapa kawasan di Israel pada Rabu, mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk yang terpaksa segera mencari perlindungan.Kejadian luar biasa itu tular di media sosial apabila rakaman video menunjukkan kawanan lebah memenuhi ruang udara, termasuk di dalam sebuah pusat beli-belah, dengan serangga berkenaan berterbangan dalam jumlah besar dari pelbagai arah.Penduduk serta pemilik premis perniagaan dilaporkan diminta menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan lebah memasuki bangunan.Insiden tersebut turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan lain seperti Netivot, termasuk di balkoni kediaman dan kawasan komersial di bandar itu.Dalam satu kejadian berasingan, kawanan lebah yang besar turut mengganggu operasi penerbangan apabila dilaporkan menutupi bahagian enjin pesawat, sekali gus menghalang pesawat tentera daripada berlepas.Fenomena itu bagaimanapun dijelaskan sebagai proses semula jadi pembiakan lebah, khususnya ketika musim bunga dan panas, apabila ratu lebah baharu muncul dan membentuk koloni baharu sebelum mencari lokasi sesuai untuk dijadikan sarang.Menurut pihak berkuasa tempatan di Tel Aviv, kawanan lebah lazimnya akan mencari tempat seperti batang pokok atau gua di habitat semula jadi.Namun di kawasan bandar, ia cenderung memilih rekahan dinding, balkoni atau sistem penghawa dingin sebagai lokasi sementara.Bagi menangani situasi tersebut, pihak berkuasa bandar bersama organisasi penyelamat lebah tempatan mengambil pendekatan memindahkan kawanan lebah ke sarang yang lebih sesuai tanpa memusnahkannya, sebagai sebahagian usaha memelihara keseimbangan ekosistem.Kejadian ini sekali lagi menonjolkan cabaran pengurusan hidupan liar di kawasan bandar, khususnya apabila habitat semula jadi semakin terjejas akibat pembangunan dan penggunaan bahan kimia seperti racun perosak.-Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description