8 maut, 15 cedera nahas kereta api-bas di Bangkok

13 hours ago

8 maut, 15 cedera nahas kereta api-bas di Bangkok
BANGKOK - Lapan orang maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi cedera selepas sebuah kereta api kargo bertembung dengan bas awam berhampiran Stesen Makkasan Airport Rail Link di Bangkok pada Sabtu, menurut Polis Diraja Thailand.Timbalan Pesuruhjaya Polis Metropolitan merangkap timbalan jurucakap Polis Diraja Thailand, Mejar Jeneral Polis Theeradej Thamsutheer berkata, semua mangsa yang terbabit adalah penumpang bas dalam nahas yang berlaku sekitar 3 petang itu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan tersangkut di lintasan kereta api selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk ketika menunggu lampu isyarat merah."Bas itu tidak sempat bergerak keluar kerana kesesakan lalu lintas yang panjang sebelum kereta api melanggarnya, menyebabkan kemalangan serius itu berlaku," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap insiden itu, manakala operasi menyelamat dan pengurusan trafik masih dijalankan.Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Siripong Angkasakulkiat berkata, laporan awal menunjukkan bas itu tersangkut di landasan kereta api ketika berhenti di lampu isyarat, sekali gus menghalang palang lintasan daripada diturunkan untuk menutup laluan.Beliau berkata, kereta api yang terbabit ialah kereta api kargo kontena yang membawa muatan berat, menyebabkan pemandunya tidak sempat membrek sebelum merempuh bas berkenaan.Pertembungan itu dilaporkan turut mencetuskan kebakaran berhampiran Stesen Makkasan Airport Rail Link, sekali gus mencetuskan respons kecemasan daripada pelbagai agensi.Timbalan Jurucakap Kerajaan, Lalida Persvivatana berkata, Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul telah mengarahkan semua agensi berkaitan supaya segera membantu mangsa cedera, menyokong keluarga mangsa yang maut, memudahkan rawatan perubatan serta menjalankan siasatan menyeluruh terhadap punca kemalangan.Beliau berkata, Timbalan Menteri Pengangkutan telah ke lokasi kejadian bagi memantau situasi, manakala Kementerian Kesihatan Awam menggerakkan hospital berhampiran untuk menyediakan bilik kecemasan, dewan bedah, unit rawatan rapi (ICU) dan unit rawatan kebakaran selain memastikan bekalan darah mencukupi. - Bernama    ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description