Iran rancang mekanisme baharu kenakan caj transit di Selat Hormuz

12 hours ago

Iran rancang mekanisme baharu kenakan caj transit di Selat Hormuz
ISTANBUL - Iran merangka satu mekanisme bagi mengawal trafik maritim melalui laluan khas di Selat Hormuz dan akan mengenakan bayaran "bagi perkhidmatan khusus" yang disediakan di bawah sistem itu, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA)."Dalam proses ini, hanya kapal komersial dan pihak yang bekerjasama dengan Iran akan mendapat manfaat daripadanya," tulis Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Ebrahim Azizi di platform X.Sambil memaklumkan Teheran akan mengumumkan pelan itu dalam masa terdekat, Azizi menambah: "Laluan ini akan terus ditutup kepada pengendali projek yang dipanggil ‘Project Freedom’."Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari, mencetuskan tindak balas Teheran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain penutupan Selat Hormuz.Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan.Sejak 13 April, AS menguatkuasakan sekatan laut yang menyasarkan trafik maritim Iran di selat itu.Presiden AS, Donald Trump turut mengumumkan 'Project Freedom' pada awal Mei dengan berikrar mengiringi kapal melalui Selat Hormuz walaupun Iran menegaskan bahawa sebarang transit melalui laluan perairan strategik itu memerlukan kelulusan awal Teheran.Bagaimanapun, Trump kemudiannya mengumumkan penangguhan inisiatif berkenaan. - Bernama-Anadolu    ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description