Amanz

3 days ago

Amanz
Saya pernah kehilangan dua ekor kucing kerana ia digilis kereta bapa yang sedang mengundur. Haiwan peliharaan gemar berehat sehingga tertidur di bawah kereta kerana ia memberikan perlindungan ketika cuaca panas dan haba di waktu malam yang sejuk. Untuk mengelakkan insiden kucing menjadi leper digilis kereta, BYD mempaten sistem mengesan kehidupan di bahagian bawah kereta.

Paten difailkan bulan ini dengan kereta akan mengambil gambar bahagian bawah sebelum ia dimatikan. Apabila kereta dihidupkan semula, sebuah lagi gambar diambil. Sistem kenderaan kemudiannya membezakan gambar sebelum dan selepas. Jika mengesan adanya perbezaan, notifikasi akan diberikan kepada pemandu untuk memeriksa bahagian bawah kereta.

Selain mengesan kewujudan kehidupan di bawah kereta, Sistem kamera juga direka untuk mengesan sebarang kerosakan struktur atau pada pek bateri. Pada waktu ini sistem pengesanan objek hidup merangkap pengesan haiwan peliharaan bawah kenderaan masih sekadar paten tanpa perancangan menawarkannya pada kenderaan sebenar.

Sumber –

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description