Paris kini lebih panas dari Makkah
21 hours ago
PARIS - Beberapa bandar utama di Eropah kini mengalami suhu melebihi 40 darjah Celsius, menyamai malah mengatasi tahap kepanasan yang lazimnya dikaitkan dengan negara-negara di Asia Barat.Gelombang haba luar biasa yang melanda sebahagian besar Eropah menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah tahap tertinggi di beberapa kawasan di United Kingdom, Perancis, Sepanyol dan Itali.Pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko kesihatan, kebakaran hutan serta gangguan perjalanan ketika cuaca panas melampau terus berlarutan.Di Perancis, larangan penjualan alkohol dilaksanakan di beberapa kawasan yang berada di bawah amaran merah, manakala Jerman mengeluarkan amaran haba di seluruh negara.Di Madrid pula, tayangan Zon Peminat Piala Dunia dibatalkan selepas suhu mencecah 39 darjah Celsius.Fenomena ‘kubah haba’ punca cuaca melampauMenurut pakar meteorologi, cuaca panas luar biasa itu berpunca daripada fenomena dikenali sebagai 'kubah haba' (heat dome), iaitu kawasan tekanan tinggi yang memerangkap udara panas di atas Eropah Barat.Keadaan itu menyebabkan langit cerah, tiupan angin lemah dan pendedahan berterusan kepada cahaya matahari.Udara panas yang bergerak dari Afrika Utara turut menyumbang kepada peningkatan suhu yang ekstrem.Selain itu, suhu laut yang luar biasa panas di sekitar United Kingdom, Ireland, Perancis dan Mediterranean Barat membantu mengekalkan keadaan panas terutama pada waktu malam.Perairan pesisir Sepanyol juga dilaporkan mencapai suhu tertinggi pernah direkodkan.Di kawasan yang paling terjejas seperti Perancis Barat, England dan Wales, purata suhu harian meningkat lebih 12 darjah Celsius berbanding purata iklim antara tahun 1991 hingga 2020.Eropah benua paling cepat memanasSaintis menjelaskan bahawa gelombang haba awal musim ini merupakan sebahagian daripada trend pemanasan global yang semakin ketara.Eropah kini diiktiraf sebagai benua yang mengalami peningkatan suhu paling pantas di dunia.Sejak pertengahan 1990-an, suhu di Eropah meningkat kira-kira 0.56 darjah Celsius setiap dekad, iaitu lebih dua kali ganda berbanding purata global.Perubahan iklim juga menyebabkan gelombang haba berlaku dengan lebih kerap, lebih ekstrem dan muncul lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan.Paris lebih panas daripada MakkahBagi menggambarkan tahap kepanasan yang sedang dihadapi Eropah, perbandingan dibuat antara suhu maksimum beberapa ibu kota Eropah pada 24 Jun dengan bandar-bandar di Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia yang lazimnya terkenal dengan cuaca panas.Dalam beberapa keadaan, bandar seperti Paris merekodkan suhu yang lebih tinggi berbanding Makkah, sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.Keadaan itu menyerlahkan cabaran besar yang sedang dihadapi Eropah kerana kebanyakan infrastruktur dan kediaman di rantau tersebut tidak dibina untuk menampung cuaca panas berpanjangan.Hanya kira-kira 20 peratus kediaman di Eropah mempunyai sistem penyaman udara, jauh lebih rendah berbanding negara-negara yang lazim mengalami suhu ekstrem.Bagaimana suhu diukur?Suhu yang dilaporkan dalam ramalan cuaca diperoleh melalui rangkaian stesen meteorologi di seluruh dunia.Bagi memastikan bacaan tepat, stesen cuaca menggunakan termometer rintangan platinum khas yang ditempatkan dalam kotak perlindungan dikenali sebagai Stevenson Screen.Alat itu dipasang pada ketinggian antara 1.25 hingga dua meter dari permukaan tanah bagi memastikan bacaan mewakili suhu udara yang benar-benar dirasai manusia.Dua skala utama digunakan untuk mengukur suhu iaitu Celsius dan Fahrenheit.Kebanyakan negara menggunakan skala Celsius yang diperkenalkan oleh ahli astronomi Sweden, Anders Celsius, pada tahun 1742.Mengapa suhu dirasai lebih panas?Pakar menjelaskan suhu udara semata-mata tidak mencerminkan tahap kepanasan sebenar yang dirasai tubuh manusia.Oleh itu, ramalan cuaca turut memaparkan suhu 'terasa seperti' (feels like temperature) yang mengambil kira faktor tambahan seperti kelembapan udara, kelajuan angin dan pendedahan kepada cahaya matahari.Kelembapan yang tinggi mengurangkan kadar penyejatan peluh, sekali gus menyukarkan tubuh menyejukkan diri.Dalam cuaca panas, tiupan angin ringan pula membantu mempercepatkan penyejatan peluh dan memberi rasa lebih sejuk.Pendedahan terus kepada cahaya matahari juga menyebabkan suhu terasa lebih tinggi walaupun bacaan termometer kekal sama, sebab itu kawasan teduh biasanya terasa lebih nyaman. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

