Ular sawa gergasi 'mengganas' lagi, lelaki pula maut dibelit
16 hours ago
TALIABU – Penduduk di wilayah Pulau Taliabu, Maluku Utara di Indonesia sekali lagi digemparkan dengan insiden ular sawa 'mengganas'.Kejadian terbaharu menimpa seorang lelaki dikenali sebagai Lifas, 25, yang maut dibelit reptilia sepanjang tujuh meter itu di kompleks Air Pala, Desa Ufung, Kecamatan Taliabu Utara pada Selasa lalu.Ia merupakan kejadian kedua selepas mangsa pertama, Elizabeth Yamalau, 44, di Desa Ratahaya, Kecamatan Taliabu Barat turut menjadi mangsa ular tersebut.Susulan insiden itu, Kapolres Pulau Taliabu, AKBP Adnan Wahyu Kashogi meminta penduduk agar sentiasa berwaspada terutama jika mahu melakukan aktiviti di kawasan hutan atau berkebun.Menurut isteri mangsa, suaminya sedang menuju ke kawasan kebun untuk mengambil wang milik saudaranya sebelum diserang ular sawa itu secara agresif.Ular itu menggigit kaki kiri lalu membelit tubuhnya.Tidak lama kemudian, seorang penduduk dikenali sebagai Reju, 39, melalui kawasan itu.Dia yang terkejut bertindak meminta bantuan beberapa individu lain untuk membantu Lifas yang sudah tidak berdaya untuk melepaskan diri.Ular sawa gergasi tersebut akhirnya berjaya dibunuh dan mangsa dibawa pulang ke rumahnya di Desa Padang dengan menggunakan ambulans.Lifas akan dikebumikan selepas proses autopsi di hospital selesai. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

