Blueprint ekosistem penjagaan warga emas perlu disegerakan - Exco Perak
9 hours ago
IPOH – Kerajaan digesa menyegerakan pembentukan blueprint ekosistem penjagaan warga emas termasuk mewujudkan badan akreditasi khusus bagi mengiktiraf bidang penjagaan warga emas yang kini semakin mendapat permintaan.Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, langkah itu penting bagi memastikan aspek perundangan, standard latihan serta perlindungan kepada penyedia perkhidmatan dan pelanggan dapat diwujudkan.Menurutnya, ketika ini peserta program latihan penjagaan warga emas hanya menerima sijil tamat latihan kerana belum wujud badan akreditasi yang diiktiraf, termasuk di peringkat Persekutuan."Perkara ini memerlukan satu blueprint yang perlu dibawa ke peringkat perundangan. Di peringkat kementerian pun belum ada blueprint dan belum ada undang-undang yang membentuk ekosistem penjagaan warga emas."Kita berharap kementerian berkaitan dapat melihat perkara ini kerana bukan sahaja Perak malah Malaysia juga sedang menuju ke arah negara menua. Perlu ada satu badan yang boleh memberikan akreditasi supaya nilai tambah kepada peserta-peserta dapat dipertingkatkan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Santunan Kasih 2026 di sebuah hotel di sini pada Selasa.Salbiah berkata, sejak Program Santunan Kasih diperkenalkan pada 2023, seramai 356 peserta telah dilatih dengan kerjasama beberapa rakan strategik.Katanya, daripada jumlah itu, kira-kira 66 peratus kini menawarkan perkhidmatan penjagaan warga emas secara langsung, manakala selebihnya memberi tumpuan kepada penjagaan ahli keluarga masing-masing.Beliau berkata, permintaan terhadap perkhidmatan tersebut semakin meningkat selaras dengan status Perak sebagai negeri menua malah ada dalam kalangan peserta berjaya menjana pendapatan bulanan sehingga RM15,000."Saya sendiri agak terkejut apabila dimaklumkan ada peserta memperoleh pendapatan sebanyak itu."Ini menunjukkan permintaan terhadap penjaga warga emas yang mempunyai latihan semakin tinggi," katanya.Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat kebimbangan apabila tenaga mahir yang dilatih di Perak memilih untuk berkhidmat di negeri lain.Jelasnya, kerajaan negeri sedang memperhalusi mekanisme terbaik bagi memastikan bakat yang dilahirkan dapat terus menyumbang kepada keperluan penjagaan warga emas di Perak.Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan berasaskan perusahaan sosial (social enterprise) dalam bidang penjagaan warga emas. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

