'Buang ibu sendiri’ jika mahu isteri kembali, lelaki tergamak racun ibu penuhi syarat mentua

11 hours ago

'Buang ibu sendiri’ jika mahu isteri kembali, lelaki tergamak racun ibu penuhi syarat mentua
AGRA - Seorang lelaki tergamak meracun makanan ibunya selepas didakwa memenuhi syarat ditetapkan ibu mentuanya bagi membolehkan isterinya kembali ke rumah.Memetik laporan NDTV, kejadian berlaku di Kampung Barpura, Pidhaura di India membabitkan suspek dikenali sebagai Ravindra.Menurut laporan, kejadian bermula selepas berlaku pertikaian tanah antara Ravindra dengan adik lelakinya, Mukesh sehingga menyebabkan isteri suspek pulang ke rumah keluarganya.Ravindra kemudian pergi ke rumah mentuanya untuk memujuk isterinya pulang, namun ibu mentuanya didakwa menetapkan syarat bahawa anak perempuannya hanya dibenarkan kembali sekiranya lelaki itu 'menyingkirkan' ibunya.Lebih mengejutkan, wanita berkenaan didakwa mengarahkan Ravindra supaya mencampurkan racun ke dalam makanan ibunya.Ravindra dipercayai bersetuju dengan syarat berkenaan sebelum pulang ke rumah dan mencampurkan racun ke dalam hidangan kacang kuda yang kemudiannya diberikan kepada ibunya.Keadaan mangsa dilaporkan merosot selepas menikmati makanan tersebut sebelum ahli keluarga bergegas membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Mangsa kini dilaporkan masih menerima rawatan di hospital.Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kemudian tiba di lokasi dan menjalankan siasatan.Suspek berjaya ditahan, manakala polis kini giat mengesan ibu mentuanya, Phoolvati, yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.Penolong Pesuruhjaya Polis, Rajiv Ranjan mengesahkan penahanan Ravindra dan memaklumkan operasi sedang dijalankan bagi mengesan serta menangkap Phoolvati....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description