JAS siasat pembakaran timbul bau busuk

10 hours ago

JAS siasat pembakaran timbul bau busuk
SUNGAI PETANI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menyiasat punca kebakaran dipercayai pembakaran plastik yang menimbulkan bau busuk dan ketidakselesaan terutama pada waktu malam sehingga awal pagi sekitar Bandar Amanjaya di sini.Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, siasatan dijalankan oleh JAS Cawangan Sungai Petani Ahad lalu kira-kira jam 2.30 petang susulan aduan awam yang diterima.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kawasan tanah rendah ditimbus sampah domestik di lokasi terbabit."Pembakaran di lokasi itu disyaki dilakukan oleh pencari bahan lusuh."Sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis, manakala carian pemilik tanah turut dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.Menurutnya, kes juga akan dirujuk kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk tindakan lanjut kerana melibatkan pelupusan sisa domestik secara haram.Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan penduduk mengenai bau pembakaran terbuka sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan awam.Kawasan yang didakwa terjejas meliputi Bukit Banyan, Bandar Amanjaya, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan kawasan berhampiran....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description