Lagi kehadiran harimau dikesan di Bukit Bangkong

9 hours ago

Lagi kehadiran harimau dikesan di Bukit Bangkong
IPOH - Beberapa lagi imej harimau belang dikesan menerusi rakaman kamera perangkap di kawasan riadah Bukit Bangkong, Chemor di sini.Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, rakaman tersebut diperoleh pada 13 Mac dan 20 April lalu di dua lokasi iaitu laluan alternatif ke puncak serta kawasan puncak Bukit Bangkong.Menurutnya, hasil penelitian pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati harimau yang dirakam merupakan haiwan pemangsa berbeza dengan yang dikesan sebelum ini."Anggaran umur harimau tersebut sekitar tiga tahun dengan saiz tapak kaki kira-kira 12 sentimeter."Pengenalpastian dibuat berdasarkan corak belang di bahagian kiri dan kanan badan kerana setiap harimau mempunyai corak yang unik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada 7 Disember tahun lalu, media melaporkan penduduk di Bukit Bangkong, Chemor bimbang susulan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau belang yang mengakibatkan dua lembu ternakan mati manakala lima lagi dilaporkan hilang.Atas faktor keselamatan, pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan dan menutup sepenuhnya kawasan riadah berkenaan kepada orang awam.Mengulas lanjut, Kok Lim berkata, kawasan berkenaan dipercayai menjadi laluan rayauan harimau, berdasarkan penemuan kesan tapak kaki dan bangkai lembu yang dibaham.Katanya, sehingga kini, pihak Perhilitan masih meneruskan pemantauan dengan mengekalkan enam unit kamera perangkap di tiga lokasi berasingan selain mengaktifkan perangkap khas bagi mengesan pergerakan haiwan tersebut."Pemantauan dijalankan setiap hari atau sekurang-kurangnya dua hari sekali bagi memastikan keadaan terkawal," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, risiko ancaman kepada penduduk setempat adalah rendah dan orang ramai diingatkan terus mematuhi nasihat ditetapkan termasuk tidak menjalankan aktiviti secara bersendirian serta mengelakkan kawasan berkenaan pada waktu tertentu.Tambahnya, antara langkah keselamatan yang disyorkan termasuk memulakan aktiviti selepas jam 9 pagi dan pulang sebelum jam 5 petang, mengurung ternakan serta tidak melakukan provokasi terhadap hidupan liar.Mengulas pembukaan semula Bukit Bangkong, beliau berkata, pihak Perhilitan pada dasarnya tiada halangan dengan syarat hanya laluan utama ke puncak dibuka manakala laluan alternatif ditutup sepenuhnya.Bagaimanapun katanya, cadangan itu menerima bantahan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanah Hitam.   ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description