Iran kekal tutup Selat Hormuz sehingga AS penuhi syarat Teheran

15 hours ago

Iran kekal tutup Selat Hormuz sehingga AS penuhi syarat Teheran
ISTANBUL – Iran memaklumkan awal Khamis bahawa Selat Hormuz akan terus ditutup sehingga Amerika Syarikat (AS) memenuhi syarat yang ditetapkan Teheran bagi membolehkan laluan perkapalan strategik itu dibuka semula.Menurut agensi berita Anadolu yang memetik agensi berita separa rasmi Mehr, jurucakap tentera Iran, Mohammad Akrami-Nia berkata, kawalan ke atas Selat Hormuz perlu berada di bawah kuasa Iran sebelum laluan itu dibuka semula.Beliau berkata, Washington perlu mematuhi syarat yang dipersetujui dalam rangka kerja perjanjian damai bulan lalu, menghentikan tindakan yang disifatkan sebagai bermusuhan serta menerima peraturan Iran berkaitan pengurusan selat berkenaan.Akrami-Nia turut menegaskan tindakan ketenteraan berterusan oleh AS tidak akan memaksa Iran membuka semula laluan itu.Kenyataan tersebut dibuat selepas beberapa letupan baharu dilaporkan berlaku di beberapa bandar di Iran, ketika Pemerintah Pusat Tentera AS (CENTCOM) mengumumkan serangan tambahan ke atas negara itu.CENTCOM memaklumkan serangan berkenaan menyasarkan keupayaan ketenteraan Iran yang dikaitkan dengan ancaman terhadap kapal yang melalui Selat Hormuz, iaitu laluan perdagangan maritim penting dunia.Serangan itu berlaku ketika ketegangan antara AS dan Iran terus memuncak susulan pertikaian mengenai Selat Hormuz.Tentera AS melancarkan serangan ke atas Iran, manakala Teheran bertindak balas dengan menyerang pangkalan tentera AS di rantau berkenaan, meskipun kedua-dua pihak sebelum ini mencapai rangka kerja perjanjian damai yang diusahakan Pakistan sebagai langkah ke arah penyelesaian berkekalan. - Bernama...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description