Ringgit mengukuh susulan data ekonomi AS yang lemah tekan dolar
12 hours ago
KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, disokong data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 4.0655/0710 berbanding dolar AS pada paras 4.0760/0805 ketika ditutup pada Rabu.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.43 peratus kepada 100.485 selepas Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS secara tidak dijangka merosot 0.3 peratus bulan ke bulan pada Jun berbanding jangkaan pasaran yang tidak mencatatkan sebarang perubahan.Beliau berkata penurunan itu didorong terutamanya oleh harga tenaga yang lebih rendah pada Jun susulan gencatan senjata antara AS dan Iran."Selain itu, kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Kevin Warsh di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat memberi petunjuk bahawa Fed mungkin tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat."Keadaan itu dijangka terus menyokong mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit, memandangkan kedua-dua Indeks Harga Pengguna (CPI) dan PPI mencatatkan penyederhanaan pada Jun berikutan penurunan harga minyak," katanya kepada Bernama.Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat 4.06 hingga 4.08 berbanding dolar AS hari ini.Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali ia meningkat berbanding yen.Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.5083/5119 daripada 2.5103/5132 ketika ditutup pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 5.5039/5113 daripada 5.4578/4638 dan turun berbanding euro kepada 4.6631/6694 daripada 4.6536/6587 sebelum ini.Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau.Ringgit naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 225.0/225.4 daripada 225.5/225.9 sebelum ini, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.59/6.60 daripada 6.61/6.62 serta meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1055/1280 daripada 12.1198/1371.Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1552/1600 daripada 3.1546/1583 ketika ditutup pada Rabu. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

