Ben Gvir akui doa kemenangan Argentina termakbul

9 hours ago

Ben Gvir akui doa kemenangan Argentina termakbul
BAITULMAQDIS – Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, mengakui beliau mendoakan kemenangan Argentina ke atas England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026, sebelum mengucapkan tahniah kepada pasukan itu selepas berjaya melangkah ke pentas akhir.Dalam hantaran di platform X sebelum perlawanan, Ben Gvir menulis: "Perlukah saya benar-benar menjelaskan mengapa saya berdoa sepenuh hati agar pasukan kebangsaan Argentina menang malam ini dan mara ke final?"Sejurus Argentina menewaskan England, beliau sekali lagi memuat naik hantaran berbunyi: "Penghormatan kepada yang berhak menerimanya, dan kini dengan penuh keyakinan menuju final!" berserta emoji bendera Argentina dan trofi.Ben Gvir, yang merupakan antara pemimpin berhaluan kanan dalam kerajaan Israel, sebelum ini pernah menyatakan sokongannya terhadap Argentina.Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Argentina, Javier Milei, yang sejak memegang jawatan telah memperkukuh hubungan diplomatik antara Buenos Aires dan Baitulmaqdis.Hantaran Ben Gvir itu mengundang pelbagai reaksi dalam media sosial, namun beliau tidak menjelaskan secara terperinci sebab di sebalik sokongannya terhadap Argentina....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description