Bangladesh beri amaran krisis Rohingya ancam keselamatan serantau
14 hours ago
DHAKA – Bangladesh memberi amaran krisis Rohingya yang berlarutan semakin menjadi ancaman serius terhadap keselamatan serantau sambil menggesa masyarakat antarabangsa meningkatkan bantuan kepada lebih sejuta pelarian di negara itu.Menteri Dalam Negeri, Salahuddin Ahmed berkata, penghantaran pulang Rohingya secara selamat, bermaruah dan mampan ke Myanmar merupakan satu-satunya penyelesaian jangka panjang terhadap krisis tersebut."Krisis Rohingya adalah ancaman besar kepada keselamatan serantau," katanya ketika bertemu Duta Sweden ke Bangladesh, Nicolas Linus Ragnar Wicks pada Selasa.Salahuddin turut menggesa Sweden meningkatkan bantuan kemanusiaan ketika pembiayaan antarabangsa kepada pelarian semakin tertekan.Lebih sejuta Rohingya kini berlindung di Bangladesh dengan sebahagian besarnya tinggal di kem sesak di Cox’s Bazar selepas melarikan diri daripada keganasan dan penganiayaan di Myanmar.Usaha penghantaran pulang secara besar-besaran masih gagal dilaksanakan berikutan isu keselamatan, hak kewarganegaraan dan keadaan di negeri Rakhine.Wicks pula menegaskan sokongan Sweden terhadap kepulangan Rohingya secara selamat selain bantuan pendidikan dan perlindungan untuk wanita serta kanak-kanak.-Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

