'Duduk sebilik hingga hamil'

14 hours ago

'Duduk sebilik hingga hamil'
JOHOR BAHRU – Pasangan kekasih yang dipercayai tinggal bersama hampir setahun di sebuah bilik sewa akhirnya dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam serbuan pada awal pagi.Lebih mengejutkan, wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai hamil kira-kira enam bulan hasil hubungan dengan teman lelakinya yang juga berusia lingkungan 20-an.Menurut JAINJ, operasi berkenaan dijalankan kira-kira jam 2.50 pagi selepas JAINJ menerima aduan awam mengenai sebuah rumah kedai di kawasan berkenaan."Ketika tiba, penguat kuasa mendapati tingkat bawah bangunan berkenaan tidak berkunci sebelum pemeriksaan diteruskan ke tingkat atas yang mempunyai beberapa bilik sewa."Penguat kuasa mengetuk sebuah bilik, namun tiada respons sebelum pintu dibuka kira-kira lapan minit kemudian oleh seorang lelaki yang hanya berseluar pendek dan berbaju-T," katanya.Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan seorang wanita berada di dalam bilik terbabit, sebelum kedua-duanya mengaku bukan pasangan suami isteri."Bilik itu hanya mempunyai sebuah katil bujang, manakala pemeriksaan turut menemukan pakaian lelaki dan wanita bercampur di dalam almari serta sebuah tilam yang digunakan untuk tidur."Pada awalnya lelaki terbabit mendakwa tinggal seorang diri, namun pemeriksaan lanjut mendapati sebaliknya," ujarnya.Tambah JAINJ, keadaan fizikal wanita berkenaan kemudian menimbulkan syak kepada penguat kuasa wanita yang menjalankan pemeriksaan lanjut."Wanita itu akhirnya mengaku sedang hamil kira-kira enam bulan."Pasangan terbabit turut mengakui mereka sudah tinggal bersama hampir setahun walaupun bilik berkenaan pada asalnya disewa untuk lelaki," katanya.Jelasnya lagi, kedua-duanya mendakwa mempunyai hasrat untuk berkahwin namun rancangan itu tertangguh selepas wanita terbabit mengandung."Mereka mendakwa pada awalnya memang merancang untuk berkahwin, tetapi lelaki itu dikatakan semakin takut untuk berdepan keluarga wanita berkenaan selepas mengetahui dia hamil."Mereka kemudian merancang untuk melahirkan anak terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat berkahwin," katanya.Sementara itu, ibu bapa wanita berkenaan yang dipanggil sebagai penjamin turut dilaporkan terkejut apabila mengetahui anak mereka ditahan selain mengetahui mengenai kehamilan tersebut.Pasangan terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 dan disiasat mengikut Seksyen 23 dan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description