40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan

10 hours ago

40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
JERLUN - Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini.Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.Menurutnya, kelewatan itu membimbangkan kerana baja berkenaan diperlukan ketika tanaman padi memasuki peringkat reproduktif, iaitu antara usia 40 hingga 60 hari bagi membantu pembentukan tangkai dan pengisian buah."Hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan kawasan di MADA sudah memasuki peringkat yang memerlukan baja tiga tetapi bekalan masih belum mencukupi."Kalau pembekalan baru sekitar 20 peratus pada Ogos, sedangkan tempoh pembekalan berakhir Oktober, kita melihat baki 80 peratus itu agak mustahil untuk diselesaikan dalam tempoh dua bulan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Himpunan Bersih membabitkan lebih 50 pesawah di Pida 15 di sini, pada Khamis.Jelas Abdul Rashid, kelewatan itu dikhuatiri menyebabkan hasil padi merosot, malah pesawah berdepan kerugian ketika kos input, bahan api dan operasi kini meningkat sehingga kira-kira 52 peratus.Katanya, jika berlaku pengurangan hasil sebanyak 20 peratus daripada satu tan atau 1,000 kilogram, pesawah dianggarkan kehilangan 200 kilogram hasil."Jika dikira dengan harga RM2 sekilogram, pesawah boleh rugi RM400 bagi satu tan. Itu belum termasuk kerugian lain," ujarnya.Tambah beliau, PeSAWAH sudah membawa isu kelewatan bekalan baja berkenaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta meminta campur tangan segera kerajaan.Menurutnya, kerajaan diminta melihat semula sistem pembekalan ini dan jika pembekal gagal, pihaknya mohon tindakan segera termasuk menamatkan kontrak dan memberikan pembekalan kepada pihak lain yang lebih mampu."Seperti sebelum ini, kita cadangkan pembekalan baja ini terus diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)," katanya lagi.Sementara itu, seorang pesawah dari Pida 15, Yusri Saad, 50, berkata, sudah lebih 45 hari para pesawah menunggu baja tetapi sampai sekarang masih tidak sampai.Menurutnya, kelewatan baja tersebut dibimbangi akan menyebabkan hasil tanaman padi mereka akan terjejas."Baja kali ketiga ini diperlukan sebelum umur 45 hari untuk membantu pengisian buah dan meningkatkan hasil."Ada tanaman padi yang kini sudah berusia 70 hingga 80 hari, malah sudah mengeluarkan buah namun bekalan baja tambahan masih belum diterima," katanya.Pada waktu sama, Yusri berkata, baja yang diterima sebelum ini juga dilihat kurang berkualiti apabila kandungannya didakwa banyak berhabuk sehingga menyukarkan proses pembajaan menggunakan dron.Jelasnya, keadaan itu menyebabkan peralatan dron mudah tersumbat dan pesawah terpaksa berdepan masalah ketika melakukan kerja pembajaan di bendang.Seorang lagi pesawah, Che Ani Mat Zain, 64, mencadangkan kerajaan mengambil langkah jangka pendek dengan membayar kos baja kepada pesawah agar mereka boleh mendapatkan bekalan sendiri sementara masalah pengedaran diselesaikan."Kami juga merayu kepada kerajaan agar dapat menaikkan harga lantai padi daripada RM2,000 kepada RM2,200 bagi membantu menampung peningkatan kos pengeluaran," ujarnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description