Lagi kes tembak di Thailand, acara jualan pula jadi sasaran
9 hours ago
BANGKOK - Enam individu cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada acara jualan "Chim Shop Chai" di daerah Dan Khun Thot, wilayah Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand pada Rabu malam.Penganjur acara Prakob Patin berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam apabila beberapa penyerang menggunakan pisau dan senjata api buatan sendiri untuk menyerang peniaga serta pengunjung acara berkenaan."Insiden tembakan berlaku ketika acara itu hampir tamat dan peniaga sedang mengemas barang jualan, menyebabkan enam orang cedera," katanya kepada pemberita pada Khamis.Prakob berkata, kesemua enam mangsa dibawa ke Hospital Luang Pho Koon Parisuttho Dan Khun Thot untuk rawatan, manakala dua mangsa yang cedera parah kemudian dipindahkan ke Hospital Maharat Nakhon Ratchasima dengan seorang daripada mereka masih koma.Sementara itu, sepasukan polis yang diketuai Leftenan Kolonel Polis Akom Chutkhunthot dari bahagian siasatan Balai Polis Dan Khun Thot menahan seorang suspek lelaki berusia 32 tahun dan merampas senjata api buatan sendiri.Polis berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai cuba mencuri sebuah motosikal yang diletakkan di acara berkenaan sebelum didatangi pemiliknya."Kejadian itu menyebabkan suspek melarikan diri dari lokasi sebelum kembali bersama beberapa rakannya yang bersenjatakan pisau dan senjata api," menurut polis.Polis berkata suspek akan didakwa atas kesalahan bersama-sama melakukan cubaan membunuh menggunakan senjata api, manakala usaha mengesan suspek lain masih diteruskan.Kejadian itu merupakan insiden tembakan ketiga di Thailand dalam tempoh seminggu, selepas insiden tembakan di Sekolah Debsirin Nonthaburi pada 7 Ogos yang mengorbankan sembilan orang dan kejadian melibatkan bekas ahli Parlimen Thailand yang disyaki menembak Presiden Pertubuhan Pentadbiran Wilayah (PAO) Nonthaburi pada Isnin. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

