Pagi bantu ibu, petang kerja sambilan, Mohamad Hafifie kini terlantar

12 hours ago

Pagi bantu ibu, petang kerja sambilan, Mohamad Hafifie kini terlantar
KOTA BHARU - Hasrat seorang mahasiswa mencari wang perbelanjaan pengajian serta membantu keluarga dengan bekerja sambilan bertukar tragedi apabila dia kini terlantar di hospital selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 28 Ogos lalu.Lebih menyentuh hati, anak keenam daripada tujuh beradik itu turut membantu ibunya, Kamariah Latiff, 59, menguruskan kedai nasi pagi di Kandis, Bachok, sebelum keluar bekerja pada sebelah petang selepas ayahnya, Mohd Safikie Salleh, 63, tidak bekerja kerana masalah kesihatan.Dalam kejadian jam 3.46 petang itu, Mohamad Hafifie Mohd Safikie, 22, yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Bangi dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Momoyo berhampiran Bangunan MARA di sini.Menurut kakaknya, Nurul Natasha Mohd Safikie, 29, motosikal yang ditunggang Mohamad Hafifie dipercayai bertembung dengan sebuah kereta yang sedang membelok untuk masuk simpang."Akibat pelanggaran itu, dia tercampak ke atas bonet kereta sebelum terjatuh di atas tanah."Dia mengalami kecederaan serius pada bahagian punggung dan tidak mampu bangun serta terpaksa terlantar," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Nurul Natasha memberitahu, disebabkan tulang punggung adiknya itu hancur doktor terpaksa memasukan besi sebagai sokongan.Ujar dia, Mohamad Hafifie masih mempunyai harapan untuk berjalan semula, tetapi mungkin tidak akan sama seperti dahulu."Kaki kiri dan rahang dia masih bermasalah. Tangan pula alhamdulillah, cuma mengalami luka dan sudah menjalani pembedahan."Keadaan dia sekarang ada sedikit perkembangan. Wayar oksigen dan tiub untuk susu pun sudah dibuang. Cuma sekarang dia masih menunggu tarikh untuk menjalani pembedahan pada kaki kiri dan rahang," katanya.Nurul Natasha memberitahu, walaupun terpaksa menahan kesakitan Mohamad Hafifie masih mampu bercakap perlahan-lahan, namun pergerakannya sangat terbatas.Jelas dia, adiknya itu sememangnya seorang yang berdikari dan tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga bagi menampung pengajiannya."Dia memang sangat baik dan berdikari. Dia tahu keadaan keluarga dan sebab itu dia berusaha sendiri untuk cari duit belajar."Selama ini dia bekerja keras untuk belajar dan bantu keluarga. Tak sangka ketika dia sedang berusaha cari rezeki, dia pula diuji dengan kemalangan sebegini," katanya.Mohamad Hafifie kini sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dan memerlukan bantuan kewangan untuk kos pembedahan sekitar RM10,000 serta perbelanjaan perubatan, orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 03111020170338 (Nurul Natasha Mohd Safikie)....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description