USS Abraham Lincoln tiba di Thailand selepas 286 hari di laut
11 hours ago
LAEM CHABANG - Kapal induk Amerika Syarikat (AS), USS Abraham Lincoln tiba di Thailand pada Rabu bagi persinggahan pelabuhan pertama dalam tempoh sembilan bulan selepas menghabiskan 286 hari di laut.Kapal berkuasa nuklear yang membawa kira-kira 5,000 kelasi dan anggota Marin itu tiba dari kawasan operasi perang di Asia Barat sebelum berlabuh di Laem Chabang.Puluhan pesawat tempur kelihatan tersusun di dek penerbangan ketika kapal gergasi itu dipandu masuk ke pelabuhan.Komander Kumpulan Serangan Kapal Induk 3 AS, Laksamana Muda Robert Loughran berkata, persinggahan tersebut memberi peluang kepada anggota kapal berehat dan memulihkan tenaga selepas tempoh penugasan panjang.Pegawai Pemerintah USS Abraham Lincoln, Kapten Dan Keeler pula berkata, lawatan itu merupakan persinggahan pelabuhan pertama sepanjang penugasan bersejarah berkenaan.Kapal itu dijadual berada di Thailand selama lima hari sebelum berlepas pada 6 September.Kebanyakan anggota kapal dijangka menghabiskan masa rehat di Pattaya, destinasi peranginan popular yang sejak era Perang Vietnam menjadi lokasi rehat anggota tentera AS.USS Abraham Lincoln meninggalkan California pada November 2025 untuk penugasan di Laut China Selatan sebelum diarahkan ke Asia Barat menjelang serangan AS-Israel ke atas Iran yang bermula enam bulan lalu.Lawatan itu turut mendapat perhatian selepas timbul laporan mengenai keadaan hidup yang merosot di atas kapal termasuk kekurangan makanan, masalah paip serta isu kesihatan mental dalam kalangan kru.Ahli politik Demokrat di AS sebelum ini menggesa siasatan dijalankan berhubung keadaan berkenaan.Presiden AS, Donald Trump bagaimanapun menolak kebimbangan itu dan menafikan kapal tersebut ditempatkan terlalu lama di laut.Datuk Bandar Pattaya, Poramase Ngampiches berkata, pihak berkuasa menyediakan bas bagi membawa anggota tentera dari kapal ke bandar berkenaan serta memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan harga yang munasabah.Anggota tentera turut dilarang menyertai aktiviti sukan air seperti jet ski serta mengambil kesempatan terhadap undang-undang ganja Thailand yang lebih longgar.USS Abraham Lincoln kini telah digantikan di Asia Barat oleh USS George Washington ketika konflik AS-Israel dengan Iran masih berlarutan. - AFP...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

