Federal Power bayar dividen pertama kepada TNB
10 hours ago
SYARIKAT pengeluar kabel Bumiputera, Federal Power Sdn Bhd (Federal Power) mencatat sejarah apabila buat julung kalinya membayar dividen kepada pemegang saham strategiknya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun kewangan 2025.Pengerusi Federal Power, Datuk Seri N W Hisham Abdul Wahab menyampaikan serahan cek dividen berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Ts Shamsul Ahmad dalam satu majlis di Menara TNB, Bangsar, baru-baru ini.Pembayaran itu menjadi pencapaian penting buat Federal Power selepas syarikat berkenaan melalui proses pemulihan dan berdepan pelbagai cabaran termasuk impak pandemik Covid-19 sejak pengambilalihan pengurusan pada 2016.Hisham berkata, pembayaran dividen berkenaan merupakan detik bersejarah buat Federal Power memandangkan ia adalah kali pertama syarikat itu mengagihkan dividen kepada TNB yang memiliki 10 peratus pegangan ekuiti strategik dalam syarikat berkenaan."Sejak saya mengambil alih Federal Power pada 2016 sehingga sekarang, hari ini merupakan detik bersejarah buat kami."Ini adalah kali pertama Federal Power dapat membayar dividen kepada TNB selepas melalui pelbagai cabaran, terutama ketika pandemik Covid-19," katanya.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Federal Power, Mohammad Amar Isqandar N W Hisham.Mengulas perancangan syarikat, Hisham berkata, Federal Power kini menyasarkan peluasan pasaran antarabangsa menerusi perancangan usaha sama (JV) dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat kabel Arab Saudi, Jeddah Cable.Menurutnya, langkah itu merupakan susulan lawatan rasmi Federal Power ke Arab Saudi baru-baru ini bagi meneroka peluang perniagaan dan memperluaskan pasaran syarikat di peringkat antarabangsa."Federal Power juga dijadual menyertai pameran perdagangan di Riyadh pada November depan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kehadiran syarikat di pasaran Timur Tengah," katanya.Pada masa sama, beliau berkata, syarikat itu menyasarkan kontrak bernilai tinggi bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri kabel nasional selain meneroka peluang pertumbuhan baharu di dalam dan luar negara.Selain memperluaskan perniagaan, Federal Power turut komited meneruskan agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan sebahagian daripada pulangannya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

