ASIA2026: Persaingan lebih 120 pempengaruh makin sengit

13 hours ago

ASIA2026: Persaingan lebih 120 pempengaruh makin sengit
KUALA LUMPUR -  Persaingan All Star Influencers Award (ASIA) 2026 semakin sengit apabila lebih 120 pempengaruh dari 20 negara tampil dengan kandungan digital yang semakin kreatif dan berkualiti.Kemuncak ASIA2026 akan berlangsung menerusi malam gala pada 18 Oktober ini, dengan perhatian turut terarah kepada perebutan kategori utama termasuk Best Influencers.Pengasas All Star Influencers Award, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, peningkatan mutu kandungan serta komitmen peserta menjadikan pemilihan pemenang bagi setiap kategori lebih mencabar."Kalau kita lihat tahun ini, persaingan memang lebih sengit. Ramai influencer baharu yang pertama kali menyertai ASIA dan mereka bersaing bersama influencer yang sudah berpengalaman."Kualiti video dan komitmen yang diberikan juga sangat bagus. Jadi, untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori bukan sesuatu yang mudah," katanya.ASIA2026 disertai pempengaruh dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, China, Korea Selatan, India, Arab Saudi, Rusia, Turkiye dan beberapa negara lain.Sebanyak 13 kategori dipertandingkan, antaranya Best Gourmet Story Award, Best Storyteller Award, The People’s Choice Award, Best Comedy Maestro Award dan Best Mixed Language Award.Menurut Datuk Abd Rahman, program tahun ini turut memberi tumpuan kepada pengalaman peserta meneroka destinasi, makanan dan budaya tempatan untuk diterjemahkan dalam kandungan mereka.Perjalanan ASIA2026 meliputi beberapa lokasi termasuk Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Langkawi, Pulau Pinang dan Perlis sebelum trip terakhir ke Sabah."Program ini bukan sekadar pertandingan influencer. Kita mahu mereka mengenali Malaysia dengan lebih dekat melalui pengalaman sebenar dan seterusnya berkongsi pengalaman itu dengan pengikut mereka di seluruh dunia," katanya.ASIA2026 turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia bagi membantu mempromosikan destinasi tempatan menerusi kandungan digital sempena Visit Malaysia 2026.Sementara itu, tanda pagar #AllStarInfluencersAward2026 mencatat lebih 500 juta tontonan di platform digital, menunjukkan sambutan memberangsangkan terhadap kandungan yang dihasilkan peserta.Datuk Abd Rahman berkata, capaian berkenaan dijangka terus meningkat sepanjang program berlangsung, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk memperkenalkan Malaysia kepada audiens antarabangsa.ASIA yang diperkenalkan pada 2023 sebelum ini menyaksikan Ahieb Reborn dari Indonesia muncul pemenang edisi pertama, diikuti Saal Haerid dari Indonesia pada 2024 dan Cindy dari Vietnam pada 2025.Pemenang Best Influencers tahun ini bakal menerima hadiah wang tunai AS$10,000 selain pakej percutian ke luar negara, menjadikan persaingan kategori berkenaan antara tumpuan utama pada malam gala 18 Oktober nanti....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description