Jensen Huang letak jawatan CEO Nvidia
10 hours ago
ISTANBUL - Nvidia pada Khamis mengumumkan bahawa Jensen Huang meletak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ahli lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta ketika siasatan bebas sedang dijalankan berhubung laporan bahawa beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing, lapor Anadolu Ajansi.Ketua Pegawai Kewangan Colette Kress dilantik sebagai CEO sementara dan akan terus menjalankan tanggungjawab sedia ada sementara lembaga pengarah mempertimbangkan calon dalaman dan luaran bagi mengisi jawatan itu secara tetap.Pengeluar cip itu turut melantik Harvey C Jones, bekas ketua eksekutif Synopsys, sebagai pengerusi lembaga pengarahnya yang pertama.Jones menyatakan keyakinan terhadap Kress dan pasukan kepimpinan syarikat, sambil berkata operasi, komitmen kepada pelanggan serta pelan hala tuju produk syarikat akan diteruskan tanpa gangguan.Kress, yang menyertai Nvidia pada 2013, berikrar untuk meneruskan usaha berasaskan asas kukuh yang dibina Huang sepanjang 33 tahun.Syarikat itu merakamkan penghargaan kepada Huang atas sumbangannya, namun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan beliau.Peletakan jawatan Huang menyusuli pengumuman lembaga pengarah pada 8 Nov mengenai pelaksanaan siasatan bebas.Ketika itu, anggota lembaga pengarah menyatakan keyakinan terhadap Huang dan memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai sebab untuk mempercayai keselamatan negara Amerika Syarikat (AS) atau rahsia syarikat telah terjejas.Huang mengakui berlaku curang terhadap isterinya dalam mesej kepada pekerja pada hari yang sama dan berikrar untuk memberikan kerjasama dalam siasatan itu.Pada Selasa, anggota lembaga pengarah bebas melantik bekas Pemangku Pendakwa Raya Persekutuan AS Joon H. Kim dan firma guaman Wachtell, Lipton, Rosen & Katz untuk menjalankan siasatan berkenaan. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

