ChatGPT Pada macOS Kini Boleh Digunakan Bersama Aplikasi Pihak Ketiga

1 day ago

ChatGPT Pada macOS Kini Boleh Digunakan Bersama Aplikasi Pihak Ketiga
Aplikasi ChatGPT untuk macOS baru-baru ini telah dikemaskini dengan ciri yang sangat menarik. Ia kini boleh digunakan bersama pelbagai aplikasi pihak ketiga yang terpasang. Ini bermakna, ChatGPT tidak lagi terhad dari dalam aplikasi sendiri atau melalui Siri dan Apple Intelligence.

Dengan kemas kini baharu ini, 12 aplikasi sedia digunakan bersama ChatGPT. Ia berfungsi dengan pengguna memilih aplikasi yang ingin digunakan dan ChatGPT akan membaca kandungan pada skrin untuk meneruskan bantuan. Pengguna turut tidak terhad kepada menjana teks, tetapi ChatGPT search atau memuat naik fail turut boleh dilakukan.

Menariknya, ChatGPT Advanced Voice juga membenarkan pengguna untuk berbual sambil menggunakan aplikasi lain. Berikut adalah senarai aplikasi yang disokong;

Apple Notes Notion TextEdit Quip Xcode VS Code (including Code, Code Insiders, VSCodium, Cursor, Windsurf) Jetbrains (including Android Studio, IntelliJ, PyCharm, WebStorm, PHPStorm, CLion, Rider, RubyMine, AppCode, GoLand, DataGrip) TextEdit Terminal iTerm Warp Prompt

Buat masa ini ciri ini terhad kepada pelanggan ChatGPT Plus, Pro, Team, Enterprise dan Edu sahaja. Tiada sebarang indikasi bila ciri ini akan dibuka kepada pengguna percuma.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description