Ini Ialah 8 Laman Media Sosial Yang Memerlukan Lesen Operasi Di Malaysia Tahun Depan

1 day ago

Ini Ialah 8 Laman Media Sosial Yang Memerlukan Lesen Operasi Di Malaysia Tahun Depan
Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti lapan platform media sosial serta pemesejan yang perlu mendapatkan lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menjelang Januari depan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa platform tersebut adalah WhatsApp, Facebook, Instagram, X, YouTube, Telegram, WeChat, dan TikTok. Platform-platform ini telah mencapai kriteria mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia.

Fahmi menegaskan keperluan lesen ini bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara atau menghalang inovasi, tetapi untuk memastikan keselamatan internet di Malaysia khususnya bagi kanak-kanak bawah umur.

Beliau juga menyatakan bahawa beberapa platform telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai inovasi dan cabaran untuk menubuhkan pejabat tempatan, tetapi beliau yakin bahawa platform-platform ini akan mematuhi undang-undang tempatan memandangkan keuntungan yang mereka peroleh dari pasaran Malaysia.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description