Jam Tangan Casio G-SHOCK MRG-B2000 Diilhamkan Daripada Pedang Katana Dan Berharga RM43,995

1 day ago

Jam Tangan Casio G-SHOCK MRG-B2000 Diilhamkan Daripada Pedang Katana Dan Berharga RM43,995
Casio Malaysia memperkenalkan jam tangan baharu daripada siri MRG yang diilhamkan oleh teknik tradisional pembuatan pedang panjang Jepun yang lebih dikenali sebagai katana iaitu G-Shock MRG-B2000JS-1A.

Ia diilhamkan oleh pedang Katana Juryoku-Maru: San yang direka secara ekslusif oleh dua tukang besi Jepun iaitu Kamiyama Teruhira dan Nomura Mamoru untuk Casio. Elemen interaktif ini merapatkan tradisi yang telah lama wujud berabad-abad lamanya dengan komitmen Casio terhadap inovasi berterusan untuk menyampaikan teknologi jam tangan yang berfungsi dengan baik.

G-Shock MRG-B2000JS-1A menggunakan bahan titanium pada kerangka dan bezel. Di mana bahan titanium berkenaan perlu melalui proses penghabluran semula bagi mendapatkan unsur yang asal. Kemudian proses penyaduran pula untuk menyalut permukaan dengan suatu lapisan logam lain yang nipis dan sekata bagi menambah kesan kilat serta berkilauan pada permukaan jam tangan.

Jam tangan ini juga direka untuk tahan kejutan dan magnet. Selain itu dilengkapi kaca nilam dengan salutan anti-silau yang melindungi jam tangan. Pada bahagian belakang, terdapat ukiran dengan aksara 燦 (San) menerangkan sesuatu yang bersinar dengan indah, yang turut diukir dengan tangan pada setiap jam tangan oleh tukang besi berkenaan.

Sementara itu, tali bertekstur yang menggunakan sejenis bahan dipanggil lakuer (lacquer) serta aloi titanium turut melengkapi jam tangan ini. Di mana turut tahan calar dengan kemasan berkilat yang menampakkan kemewahan pada tali jam berkenaan dengan pantulan cahayanya yang berwarna-warni.

Terdapat juga ciri-ciri terkini seperti sambungan ke peranti pintar, pengecasan solar, jam randik, penggera harian, lampu LED (Super Illuminator), kalendar automatik penuh, paparan tarikh dan penunjuk hari. Harga jualan rasmi adalah RM43,995 dengan hanya 800 unit sahaja disediakan di seluruh dunia.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description