Huawei Berkongsi Gambar Rasmi Sedan Mewah EV Terbesar Di China
1 hour ago
Maextro S800 adalah sepanjang 5,480 mm yang menjadikannya lebih besar berbanding Nio ET9 is (5,325 mm) dan Maybach S-class (5,469 mm). Ia ditawarkan dalam dua model iaitu EV sepenuhnya dengan dua motor elektrik dan 852 kuasa kuda. Sementara model EREV hadir dengan 1,006 kuasa kuda dan enjin petrol 1.5 liter yang menjana kuasa untuk tiga motor elektrik apabila kehabisan bateri. Model EV adalah seberat 2731 kg manakala model EREV pula seberat 2859 kg.
Dalam video acah yang dikongsi oleh Huawei, S800 mempunyai kemampuan swapandu mencari tempat pengecasan yang berhampiran. Setibanya di tempat pengecsan, tangan robot akan memasukkan kepala pengecas secara automatik tanpa sebarang penglibatan manusia.
Tarikh pelancaran rasmi Maextro S800 belum lagi diumumkan Huawei tetapi ia dianggarkan akan dijual pada harga antara 1 – 1.5 juta RMB (RM 610K – RM 916K) sebuah.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free