Elak jalan tidak rata, dua beranak nyaris digilis bas

1 hour ago

Elak jalan tidak rata, dua beranak nyaris digilis bas
MOTO GROSSO - Tindakan seorang wanita berusia 27 tahun yang mengelak jalan tidak rata ketika sedang menolak kereta sorong anaknya mengundang padah apabila terjatuh dan nyaris digilis bas. Memetik laporan agensi tempatan, insiden ngeri itu dipercayai berlaku di Varzea Grande, Mato Grosso, Brazil pada 7 Januari lalu dan kembali tular selepas rakaman berkenaan dimuat naik di media sosial pada Selasa. Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan dilihat berada di tengah jalan kerana cuba mengelak laluan tidak rata di lokasi tersebut. Bagaimanapun, dia kemudiannya tergelincir di atas jalan basah sehingga kepala terhantuk ke badan bas sebelum tercampak ke jalan raya dengan jarak sangat dekat dengan tayar bas yang sedang bergerak. Situasi lebih mendebarkan apabila tayar bas yang besar itu dilihat berada hanya beberapa inci sahaja dari kepala bayi berkenaan. Susulan daripada kejadian itu, pemandu dan konduktor memberhentikan bas dan bergegas keluar untuk meminta maaf kepada dua mangsa berkenaan. Dalam pada itu, bapa kepada wanita tersebut yang melaporkan kejadian berkenaan mengakui dia berasa seperti kehilangan nyawanya sendiri. "Setiap kali saya lihat video itu, saya tak boleh berhenti menangis. Cucu perempuan saya jadi takut apabila melihat kenderaan," katanya. Sementara itu, syarikat bas berkenaan sudah membuat permohonan maaf dan berjanji bahawa pemandu bas berkenaan akan menjalani latihan pemanduan defensif. Pihak berkuasa tempatan juga menghantar pasukan untuk membaiki jalan yang menjadi punca kejadian itu. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description