Putus bekalan makanan, kirip 'penyelamat' penduduk Pulau Tioman
1 hour ago
ROMPIN - Seorang wanita berkongsi pengalaman menggunakan sumber laut iaitu kirip sebagai makanan alternatif masyarakat di Pulau Tioman sekiranya terputus bekalan luar akibat cuaca buruk.
Kirip merupakan sejenis siput yang boleh dimakan dan terdapat di sekitar kawasan persisiran pantai.
Menerusi perkongsian video TikTok milik @yunuyui atau ingin dikenali dengan Nurul, sumber protein laut itu digunakan oleh komuniti pulau tersebut sebagai tenaga untuk meneruskan rutin harian mereka.
Nurul berkata, selain kaedah tersebut, masyarakat di pulau juga menggunakan sumber makanan daripada hasil kebun atau hutan seperti mana diamalkan generasi sebelum ini.
“Contohnya kita cari pucuk paku, pucuk ubi atau tumbuhan pokok pucuk yang boleh dimakan.
“Boleh juga cari rebung, tebang pokok kelapa untuk umbut kelapa dibuat sayur,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Ujar Nurul, musim tengkujuh tahun ini menyebabkan mereka terputus bekalan makanan dari luar lebih lama daripada kebiasaan iaitu selama 15 hari.
“Ikutkan pengalaman sebelum ini sejak 2010, paling lama terputus bekalan 12 hari tetapi kali ini lebih lama.
“Tahun-tahun sebelum ini, barang makanan dihantar melalui kapal atau helikopter. Tahun ini tidak tahu macam mana,” ujarnya.
Bagaimanapun, menurut perkongsian terbaru Nurul, perkhidmatan feri di pulau berkenaan dimaklumkan sudah beroperasi semula pada Isnin sekali gus membolehkan bekalan makanan dari luar dapat dihantar ke pulau berkenaan.
“Hari Selasa, bot yang membawa keperluan harian akan sampai setelah dua minggu (bot) tidak datang.
“Terima kasih semua yang mendoakan kami warga penduduk Pulau Tioman,” menurutnya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️