Penyeludup lari tinggalkan lebih 800kg beras
1 hour ago
TUMPAT - Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan lebih 800 kilogram (kg) beras seludup bernilai RM3,200 selepas kegiatan itu berjaya dihidu anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Kampung Cherang Melintang di sini pada Selasa.
Tangkapan dan rampasan dilakukan pada jam 1.30 pagi selepas anggota bertugas melihat sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan 800kg beras dipercayai diseludup dari Thailand.
"Nilai rampasan bernilai RM3,200 dan kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Rabu.
Menurut beliau, kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️