Oppo Watch X2 Rasmi Dengan Bateri Lima Hari Dan Berharga Bermula RM1,399

1 day ago

Oppo Watch X2 Rasmi Dengan Bateri Lima Hari Dan Berharga Bermula RM1,399
Oppo mengumumkan peranti boleh pakai baharu Watch X2 sebentar tadi. Ia menggabungkan rekaan berkualiti tinggi melalui gabungan kerangka keluli tahan karat dan bezel aloi alumium yang premium. Ia juga dibina dengan piawaian MIL-STD-810 dan kalis air IP68/5ATM  untuk memastikan jam tangan boleh bertahan dalam pelbagai keadaan mencabar.

Skrin OLED digunakan bersaiz 1.5-inci dengan kecerahan yang mencapai 2200nits. Paparannya juga dilindungi dengan kaca Sapphire Crystal Glass untuk pelindungan lebih baik. Watch X2 turut dijana dengan  cip Snapdragon W5 baharu yang dibina bersama cip BES 2800 sebagai tunjang utamanya. Ia turut menjalankan Wear OS by Google dan sistem kedua berasaskan RTOS.

Terdapat juga lebih 100 mod senaman lain termasuk mod berbasikal dan mod larian dilengkapi cadangan postur serta prestasi senaman. Selain itu menyokong menyokong ECG dan ciri Health Check-In untuk menyemak data kesihatan badan dalam masa 60 saat. Bateri disertakan boleh bertahan sehingga 5 hari dengan Smart Mode dan 16 hari melalui Power Saver Mode. Harga jualan rasmi di Malaysia bermula RM1399 (Lava Black) dan RM1499 (Summit Blue) seutas.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description