Tengku Zafrul: Pembukaan Kilang Tesla Di Malaysia Masih Dalam Fasa Perbincangan

1 day ago

Tengku Zafrul: Pembukaan Kilang Tesla Di Malaysia Masih Dalam Fasa Perbincangan
Tesla, syarikat pembuat kenderaan elektrik dari Amerika Syarikat telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada tahun 2023, dengan janji untuk membangunkan pusat jualan dan servis kereta dan juga pengecas-pengecas kenderaan EV di seluruh negara.

Terdapat juga perbincangan tentang pembangunan kilang pembuatan kenderaan Tesla di Malaysia, tetapi perkara tersebut masih belum membuahkan sebarang hasil sehingga hari ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Zafrul Aziz baru-baru ini mengatakan bahawa perbincangan tentang perkara ini masih lagi sedang berjalan.

Bercakap di Dewan Rakyat pada hari Khamis, Tengku Zafrul mengatakan bahawa perjanjian awal diantara kerajaan Malaysia dan Tesla adalah untuk syarikat tersebut membuka syarikat di Malaysia, dan mula menjual kenderaan-kenderaan elektrik di pasaran tempatan secara rasmi.

Sama ada syarikat tersebut membangunkan sebuah kilang pembuatan kenderaan elektrik di negara ini dilihat bergantung kepada daya maju komersil di negara ini. Sebelum Malaysia, Tesla juga telah berunding dengan Indonesia untuk membuka kilang pengeluaran kenderaan di sana, tetapi akhirnya projek tersebut tidak diteruskan.

Buat masa ini, Tesla hanya mempunyai kilang di China, yang mana kenderaan yang dikeluarkan di negara tersebut diimport ke negara-negara Asia yang lain.

Salah satu janji Tesla kepada Malaysia ialah pembangunan 50 buah pengecas pantas Supercharger (180kW) dimana 30 peratus daripada jumlah pengecas tersebut boleh diakses oleh kenderaan-kenderaan EV yang lain.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description