Premis Yang Tidak Mempunyai Sijil Halal Dilarang Guna Istilah Buffet Ramadan Dan Sebagainya
1 day ago
Premis Yang Tidak Mempunyai Sijil Halal Dilarang Guna Istilah Buffet rasmi dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), mana-mana hotel atau premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah dilarang menggunakan istilah yang merujuk kepada makanan berbuka puasa dalam sebarang bentuk pengiklanan.

Antara istilah yang dilarang digunakan dalam promosi atau iklan jika premis tersebut tidak mempunyai sijil halal adalah:
❌ Buffet Ramadan❌ Iftar Ramadan❌ Jom Iftar❌ Citarasa Ramadan❌ Makanan Orang Islam❌ Jom Berbuka❌ Selera Ramadan❌ Dijamin Halal❌ Buffet Buka Puasa❌ Set Ramadan
Dan banyak lagi frasa yang boleh dikaitkan dengan makanan halal untuk berbuka puasa.
Kenapa Peraturan Ini Dikuatkuasakan?Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Muslim. Ia bagi memastikan hanya premis yang benar-benar memiliki sijil halal yang sah boleh mempromosikan buffet berbuka puasa menggunakan istilah yang boleh memberi gambaran makanan tersebut halal.
Denda Sehingga RM10 Juta Jika Melanggar Peraturan!Peraturan ini adalah berdasarkan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal). Jika melanggar peraturan ini, pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi individu dan tidak melebihi RM10 juta bagi syarikat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal).
Nak Buat Buffet Ramadan? Pastikan Ada Sijil Halal Dulu!Bagi peniaga yang ingin menawarkan perkhidmatan buffet Ramadan atau pakej berbuka puasa, mereka disarankan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia terlebih dahulu. Ini bukan sahaja bagi mengelakkan tindakan undang-undang tetapi juga untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan Muslim terhadap makanan yang disediakan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan isu ini, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak di talian 082-507510 atau emel ke [email protected].
Baca juga cerita semasa di bawah: ]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free