Kapal udara elektrik dibangunkan China lakukan penerbangan sulung
1 hour ago
BEIJING - Kapal udara elektrik berawak AS700D buatan China telah berjaya melaksanakan penerbangan sulung pada Jumaat, menandakan satu kejayaan besar bagi negara itu dalam sektor peralatan penerbangan hijau untuk ekonomi altitud rendah, menurut pengeluar kapal terbang, Aviation Industry Corporation of China (AVIC), lapor Xinhua.
Pencapaian ini mengesahkan kematangan teknikal dan prinsip AS700D yang dibangunkan secara bebas oleh China, sekali gus menyediakan "rizab teknikal” untuk pembangunan kapal udara elektrik seterusnya, kata AVIC.
AS700D melakukan penerbangan sulung pada pagi Jumaat di Jingmen, Wilayah Hubei di tengah China.
Kapal udara itu berlepas secara menegak sebelum naik dengan pantas ke altitud 50 meter.
Selepas seketika terapung di udara, ia melakukan pendaratan menegak dan berhenti dengan stabil.
"Perasaan semasa penerbangan kapal udara elektrik ini ia lebih ringan dan lancar, seperti memandu kereta tenaga baharu. Ia beroperasi dengan senyap, dan pengalaman mengemudi serta menerbangkannya lebih selesa," kata juruterbang penerbangan sulung AS700D, Lin Hong.
Dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Kenderaan Khas di bawah AVIC, AS700D merupakan jenis kapal udara baharu elektrik sepenuhnya dengan penambahbaikan elektrifikasi yang komprehensif berdasarkan kapal udara berawak AS700 yang menggunakan petrol penerbangan sebagai bahan api.
Kapal udara ini menggunakan sistem pemacu elektrik bateri litium yang canggih, sistem kipas, sistem kawalan vektor tujahan, serta sistem penyejukan untuk menggantikan enjin aero dan sistem bahan api. - Bernama-Xinhua...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️