Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang

1 hour ago

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
HAMAS sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata. Di bawah perjanjian gencatan senjata yang menghentikan pertempuran di Gaza sejak bulan lalu, Hamas sepatutnya menyerahkan mayat Shiri Bibas dan dua anaknya, Kfir dan Ariel, pada Khamis. Selain itu, mayat seorang lagi tebusan turut disertakan. Empat mayat telah diserahkan dan pakar Israel mengesahkan identiti mayat dua anak Bibas serta tebusan lain, Oded Lifshitz. Namun, mereka mendakwa bahawa mayat keempat adalah seorang wanita yang tidak dikenali, bukannya Shiri Bibas. Bibas serta keluarganya diculik semasa serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023. Ahli biro politik Hamas, Basem Naim, mengakui kemungkinan berlaku "kesilapan yang tidak disengajakan" kerana serangan udara Israel telah menyebabkan mayat tebusan Israel bercampur dengan ribuan rakyat Palestin yang masih tertimbus di bawah runtuhan. Katanya, Hamas menegaskan bahawa bukan menjadi nilai atau kepentingan pejuang untuk menyimpan mana-mana mayat atau melanggar perjanjian yang telah dipersetujui. Hamas turut memaklumkan bahawa siasatan terhadap dakwaan Israel sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan. Tindakan Hamas menyebabkan kemarahan di Israel dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengancam tindakan balas. Katanya, Israel akan bertindak tegas untuk membawa pulang Shiri serta semua tebusan sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia dan memastikan Hamas membayar harga penuh pelanggaran itu. Netanyahu turut menuduh Hamas bertindak secara “amat tidak berperikemanusiaan” dengan menyerahkan mayat wanita Gaza sebagai ganti Bibas. Pada November 2023, Hamas mendakwa bahawa Bibas dan anak-anaknya telah terbunuh dalam serangan udara Israel. Pengarah pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Ismail Al-Thawabta, menyalahkan Netanyahu atas kematian mereka. Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa analisis forensik terhadap mayat anak-anak Bibas menunjukkan mereka telah dibunuh dengan sengaja. Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, mendakwa bahawa kedua-dua kanak-kanak itu telah dibunuh oleh Hamas namun tidak memberikan butiran lanjut....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description