Niat bersedekah, peniaga jual ikan celup tepung RM1 seekor
1 hour ago
DUNGUN – Seorang peniaga di Pantai Teluk Bidara, di sini masih menjual ikan celup tepung pada harga RM1 seekor walaupun berdepan kenaikan kos bahan mentah.
Pemilik Gerai Mia Mee Chelup, Mas Ayu Mohamad, 34, berkata, harga itu tidak berubah sejak 2017 kerana niatnya ingin bersedekah dan pada masa sama membantu pelanggan yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai.
Menurutnya, harga murah yang ditawarkan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga besar yang ingin menikmati makanan celup tepung sambil melihat keindahan pantai.
"Kalau ada keluarga yang mempunyai ramai anak, mereka boleh makan dengan harga lebih murah berbanding tempat lain yang menjual pada harga RM2.50 hingga RM3 seekor.
“Saya sendiri faham situasi ibu bapa yang mahu bawa anak-anak berjalan tetapi bimbang dengan harga makanan yang mahal, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong seperti pantai," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jelas ibu kepada enam anak itu, dia percaya rezeki akan bertambah sekiranya ikhlas membantu malah masih mampu meraih keuntungan hasil perniagaan itu.
"Nak berniaga memang perlu ada untung... sekurang-kurangnya balik modal. Alhamdulillah, setakat ini ada untung sebab niat saya dari awal memang nak bersedekah dan bantu orang ramai.
"Lagipun, ada peniaga lain yang mampu jual nasi lemak RM1 sebungkus walaupun kos bahan-bahannya lebih banyak.
"Jadi, saya tak rasa terbeban untuk jual ikan celup tepung pada harga RM1 kerana bahan yang digunakan hanyalah tepung, minyak dan sedikit telur," ujarnya.
Mas Ayu memberitahu, gerainya mendapat sambutan menggalakkan terutama pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan dengan ikan celup tepung yang terjual mencecah 100 ekor sehari.
“Stok ikan selayang 10 kilogram dibekalkan secara berterusan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Pada hari biasa, jualan sekitar 50 ekor sehari, tapi meningkat hingga 100 ekor pada cuti sekolah.
“Selain penduduk tempatan, ramai pelancong dari luar negeri singgah ke gerai ini, malah ada pelancong asing turut tertarik untuk mencuba aneka celup tepung yang kami sediakan,” ujarnya.
Selain ikan celup tepung, gerai Mas Ayu turut menawarkan masakan panas, mee celup dan pelbagai jenis celup tepung seperti udang, sotong, pisang goreng serta dan keropok lekor....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️