Anak lumpuh tercekik gula-gula kenyal, keluarga saman syarikat pengeluar
1 hour ago
CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT - Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang tercekik gula-gula kenyal dan menyebabnya lumpuh pada 2022 memfailkan saman terhadap syarikat pengeluar gula-gula terbabit.
Kanak-kanak dikenali sebagai Amelie Paredes Sotelo dari La Quinta tercekik gula-gula kenyal dikeluarkan oleh syarikat pengeluar permainan yang tidak tertera tanda amaran keselamatan pada 13 Disember 2022.
Kejadian terbabit turut dirakam oleh camera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua ibu bapa sudah menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan gula-gula gummy berkenaan, namun gagal sehingga memaksa kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital.
Menurut writ saman terbabit, doktor di bilik kecemasan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan gula-gula tersebut kerana 'kelekitan dan kelenturannya' yang luar biasa, sekali gus menghalang saluran penafasan Amelie.
"Doktor akhirnya berjaya mengeluarkan gula-gula tersebut, namun Amelie mengalami kekurangan oksigen teruk.
"Amelie kini mengalami kerosakan otak kekal, lumpuh seluruh badan, tidak dapat mengawal kebanyakan fungsi tubuhnya dan memerlukan tiub pemakanan sepanjang hayatnya," menurut kenyataan writ saman dikemukakan oleh ibu bapa Amelie terhadap syarikat pengeluar gula-gula gummy terbabit.
Peguam Thomas Bosworth, yang mewakili Amelie dan dan keluarganya, menyifatkan gula-gula tersebut sebagai 'bom masa'.
"Kami akan berusaha mendapatkan keadilan bagi kanak-kanak yang tidak berdosa ini.
"Dia dahulunya seorang kanak-kanak yang ceria dan sihat, tetapi kini kekal cacat, tidak boleh bercakap, menelan, atau bergerak, sepanjang hayatnya.
"Sungguh mengejutkan kerosakan otak yang berlaku hanya dengan satu keping gula-gula gel berbahaya ini," kata Bosworth dalam satu kenyataan media.
Menurut Bosworth, pihaknya menyaman syarikat terbabit kerana liabiliti produk, kegagalan memberi amaran, kecuaian, penyebab tekanan emosi akibat kecuaian dan lebih lagi.
"Kami tidak akan berhenti sehingga gula-gula ini sama ada dikeluarkan dari rak atau diubah untuk mengandungi amaran yang jelas, terperinci, dan tepat mengenai semua bahaya sebenar produk ini, termasuk bahaya tercekik dan julat umur yang selamat untuk penggunaannya," kata Bosworth.
Selain itu, Pada November 2022, turut dilaporkan seorang kanak-kanak Thailand nyaris maut apabila dia tercekik ‘eyeball jelly’ dan kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV).
Menerusi laporan Asean Now, ibu kanak-kanak tersebut membelikan jeli itu kepada anak lelakinya selepas dia meminta makanan ringan berkenaan.
Bagaimanapun, bapa dan abang kepada kanak-kanak itu melihat kejadian di CCTV dan terus bertindak pantas menyelamatkannya daripada tercekik jeli. - Agensi
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️