Perak belum putuskan penjawat awam balik awal sepanjang Ramadan
1 hour ago
IPOH - Kerajaan Perak belum membuat keputusan untuk membenarkan penjawat awam di negeri itu pulang lebih awal pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan seperti di beberapa negeri lain.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini tiada perbincangan dibuat di dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.
Menurutnya, sebarang keputusan mengenai perkara tersebut perlu dibincangkan secara terperinci.
"Saya belum lagi bawa dalam mesyuarat Exco sebab kita nampak tak ada keperluan. Tengoklah dulu apa kelebihan dan apa kelemahan (balik awal). Tak tahu apa tujuannya, kita kena tengoklah.
"Sebab pada saya, bulan Ramadan ialah bulan untuk beribadah dan bekerja juga sebagai satu ibadah kalau duduk di pejabat.
"Kalau bagi separuh hari melilau ke lain, baik duduk di pejabat saja, itu pendapat sayalah. Jadi, saya tak bincang dalam (mesyuarat) Exco lagi," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kad Perak Sejahtera di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kebenaran itu hanya membabitkan hampir 2,500 pekerja wanita, tidak termasuk yang berada di bawah Persekutuan.
Pada 14 Februari lalu media melaporkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan berakhir lebih awal iaitu pada jam 12.30 tengah hari.
Baginda bertitah, keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari, dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Titah baginda, keputusan ini turut dipersetujui dan diluluskan kerajaan negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Februari lalu.
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️