404 :( | - A Community News Platform Run By Young Malaysians
1 day ago

Cendol merupakan minuman yang sangat menyegarkan dan sesuai dinikmati tatkala ingin berbuka. Cendol merupakan minuman tradisi yang sangat terkenal sekaligus disukai ramai.
Baru-baru ini, tular seorang peniaga menjual cendol dengan harga yang sangat murah biarpun meletakkan pelbagai bahan dalam minuman tersebut.
Menerusi hantaran di TikTok @ezlokal.food, peniaga cendol itu memberitahu dia menjual dengan harga murah kerana ingin bersedekah dan mahu semua mampu untuk merasainya.
“Air cendol ni kalau minum RM1. Bukan nak untung sangat pun.
“Lebih kepada bersedekah sahaja. Niat nak memberi itu je, di sini ada cendol dan ABC tapi ada campur kacang, jagung, pulut, cincau. Itu percuma sahaja.
Sementara itu, peniaga yang mesra dikenali Kak Zah itu turut memberitahu perniagaan ini sudah bertahan hampir 35 tahun.
“Mula niaga di Taman Datuk Harun punya masjid hampir nak masuk 35 tahun,” ucapnya lagi.
Malulah orang kaya-kaya ni dengan mak cik yang hebat ni…selamba dia sedekah kerana Allah SWT terbaik mak cik.





Meninjau ke ruangan komen, warganet teruja melihat masih ada peniaga yang pemurah menjual cendol hanya RM1 dan ada juga yang memuji cendol Kak Zah begitu enak dengan bahan yang sangat banyak biarpun dijual dengan harga murah.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free