Motorola Razr 60 Ultra dan Razr 60 Dilancarkan Dengan Skrin 165Hz dan Snapdragon 8 Elite
1 day ago

Kamera utama di belakang dilengkapi lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan lensa ultra sudut lebar 50MP. Di hadapan kamera swafoto sekali lagi menggunakan sensor 50MP. Peranti melepasi piawaian IP48 dengan Motorola menawarkan Razr 60 Ultra dengan pilihan kemasan tubuh diperbuat daripada bahan alcantara dan juga kayu mengingatkan kami kepada aksesori Mod yang ditawarkan pada siri Moto X.

Motorola Razr 60 pula dilengkapi skrin dalam boleh dilipat sebesar 6.9″ P OLED 120Hz yang menyokong Dolby Vision dan skrin sekunder sebesar 3.6″ di bahagian luar. Cip Dimensity 7400X digunakan dengan ia dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Kamera utama di belakang dilengkapi lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan lensa ultra sudut lebar 13MP. Di hadapan kamera swafoto menggunakan sensor 32MP. Peranti ini juga melepasi piawaian IPX8.
Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android 15 tetapi tiada maklumat berapakah kemas kini versi Android dan tampalan sekuriti akan diberikan. Setiap peranti juga hadir dengan ciri Moto AI yang boleh melakukan carian saranan dengan ia menggunakan model Perplexity. Selain itu terdapat juga sokongan untuk Gemini Live.
Peranti Motorola Razr 60 Ultra dilancarkan pada harga bermula daripada $1,300 (~RM 5684) sementara Motorola Razr 60 pula dijual pada harga bermula $700 (~RM 3061).
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free