Legenda Terrunggari, Kewujudan Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan
1 day ago
Legenda Terrunggari, Kewujudan Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan. Di sebalik kehijauan rimba dan aliran tenang Sungai Kinabatangan di – seekor buaya putih bersaiz luar biasa yang dipercayai menjadi penjaga kepada sungai yang kaya dengan biodiversiti ini.

Menurut kisah lagenda yang diceritakan oleh masyarakat Kinabatangan, suatu ketika dahulu, manusia dan buaya pernah hidup dalam keharmonian. Sungai Kinabatangan menjadi nadi kehidupan bersama. Tiada permusuhan, tiada ketakutan – sebaliknya, saling hormat-menghormati.
Terrunggari adalah ketua segala buaya di kawasan itu. Bukan sekadar besar dan gagah, buaya ini juga dipercayai memiliki kemampuan luar biasa – berkomunikasi dengan manusia. Setiap kali ada konflik antara manusia dan buaya, Terrunggari akan menjadi perantara, menyelesaikan masalah secara damai.
Kisah Penuh Misteri: Penculikan yang MenggemparkanSegalanya berubah apabila satu insiden pelik berlaku. Terrunggari secara tiba-tiba “menculik” seorang budak lelaki yang sedang mandi di sungai. Penduduk kampung tergamam – mengapa buaya yang dihormati itu tiba-tiba bertindak demikian?
Tiada siapa berani bertindak. Saiz Terrunggari yang luar biasa menakutkan sesiapa sahaja. Dalam diam, mereka hanya mampu melihat budak itu dibawa pergi ke arah yang tidak diketahui.
Namun, apa yang berlaku selepas itu lebih mengejutkan.

Rupa-rupanya, budak tersebut tidak dicederakan. Malah, dia dijaga rapi dan diletakkan di atas batu besar. Terrunggari kemudiannya memberitahu budak itu bahawa dia dipilih sebagai saksi kepada satu pertarungan epik – antara dirinya dan seekor buaya ganas bernama Berlintang.
Berlintang, seekor buaya air masin yang agresif, dikatakan ingin menguasai kawasan Sungai Kinabatangan. Dia tidak seperti Terrunggari – Berlintang dikenali kerana keganasannya terhadap haiwan dan manusia.
Cabaran Berlintang disambut oleh Terrunggari demi mempertahankan sungainya. Budak lelaki itu diarahkan untuk melihat tanda pertempuran – jika muncul buih putih, itu tanda Terrunggari tewas, dan dia harus memberitahu semua ketua kampung agar menjauhi sungai.
Pertempuran Yang MendebarkanKetika dua buaya lagenda itu bertembung, budak tersebut memerhati dengan debaran. Pertempuran itu menghasilkan riak air yang hebat, dan akhirnya, darah merah muncul di permukaan sungai. Itu tanda kemenangan Terrunggari – darah Berlintang membuktikan siapa juara sebenar.
Terrunggari telah berjaya mempertahankan Sungai Kinabatangan daripada ancaman buaya ganas. Keseimbangan dikekalkan, dan manusia serta buaya kembali hidup harmoni seperti dahulu.
Akhir Sebuah Legenda?Namun, seperti semua kisah lama, penamatnya tidak sentiasa indah. Menurut kepercayaan penduduk tempatan, satu ketika selepas itu, Terrunggari telah tewas, mungkin kepada Berlintang atau musuh lain. Ini kerana buaya-buaya yang kini mendiami Sungai Kinabatangan sudah mula mengganggu manusia.
Sama ada benar atau tidak, kisah Terrunggari kekal menjadi warisan lisan masyarakat Kinabatangan. Ia bukan sekadar cerita seekor buaya – ia kisah keharmonian, kepercayaan dan semangat melindungi bumi yang dikongsi bersama.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free