CATL Melancarkan Bateri Ion Natrium Bagi Menggantikan Litium

1 day ago

CATL Melancarkan Bateri Ion Natrium Bagi Menggantikan Litium
Minggu ini Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) telah beberapa teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) baharu yang akan mengurangkan pergantungan kepada litium. Bateri Naxtra ialah bateri ion natrium pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran. Penggunaan natrium dalam bateri dilihat sebagai alternatif yang lebih selamat dan sumber ini lebih banyak di bumi berbanding litium.

Dengan wujudnya sumber bateri sekunder, isu rantaian bekalan dan harga litium akan dapat dikurangkan. Dua bateri Naxtra ditawarkan dengan satu untuk EV penumpang dan satu lagi untuk kegunaan lori tugasan berat.

Bateri untuk EV penumpang boleh beroperasi dalam julat suhu -40°C hingga +70°C dengan 90% kapasiti tenaga masih boleh digunakan walaupun pada suhu -40°C. Ia turut mempunyai kepadatan tenaga 175Wh/kg yang hampir setanding dengan bateri LFP (~200 Wh/kg). Ia juga menawarkan jarak perjalanan sehingga 500km dan boleh bertahan 10,000 kitaran pengecasan.

Sementara itu bateri Naxtra 24V Heavy-Duty Truck Integrated Start-Stop pula boleh digunakan selama 8 tahun. Seterusnya menurut CATL mereka menjamin bateri masih boleh digunakan walaupun selepas setahun kenderaan tidak digunakan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description