Honor 400 Lite Kini Di Malaysia Pada Harga RM1299
1 day ago
Honor 400 Lite hadir dengan pelbagai ciri menarik, termasuk integrasi sokongan AI untuk rakaman gambar melaluinya.

Honor 400 Lite ini hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7025 Ultra, memori 12GB RAM dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 5230mAh dengan sokongan pengecasan 35W. Pada bahagian kamera, ia menyertakan kamera utama 108-megapixel.
Honor 400 Lite ini hadir menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 14. Telefon ini turut menyertakan sebuah butang dibahagian tepi yang didedikasikan untuk kawalan kamera, selain akses pantas untuk AI. Pengguna boleh mengaktifkan kamera dengan tekan butang ini, sekaligus merakamkan gambar atau video dengan pantas.

Selain kamera, butang ini turut boleh digunakan untuk akses ke Google Lens, sekaligus mendapatkan maklumat berkenaan seksliling dengan pantas dan mudah.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon ini pada harga RM1299 di Malaysia hari ini. Selain dijual berasingan, ia turut disertakan bersama beberapa pelan telekomunikasi.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free